6 Perkara Yang Dilarang Di China Tapi Terlalu Biasa Di Malaysia - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

6 Perkara Yang Dilarang Di China Tapi Terlalu Biasa Di Malaysia


Negara China terkenal di seluruh dunia dengan kepesatan pengeluaran dan pembangunannya. Namun, tahukah anda China telah menghadkan 6 perkara ini daripada diakses oleh rakyatnya walaupun 6 perkara ini dianggap sesuatu yang biasa di Malaysia.

China menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.

Berikut adalah 6 jenis akses yang masih dilarang di China.

1. Instagram


Penggunaan laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014. Sebeb sebenar ia dilarang tidak diketahui dan tiada mana-mana lokasi di China mampu menggunakan khidmat Instagram.

2. Twitter


China melarang penggunaan Twitter kerana mempercayai Twitter merupakan antara laman sosial yang memainkan peranan penting ketika 'Arab Spring' dan Green Revolution di Iran pada 2009.

Walaupun begitu, terdapat beberapa esekutif warganegara China berkhidmat di Twitter untuk menarik keuntungan dari segi pengiklanan di Twitter.


3. Google



Google cuba 'melawan' censor yang digunakan oleh China terhadap perkhidmatannya, dan Gmail dan Youtube merupakan antara perkhidmatan Google yang paling dilarang.

Namun, pelayar yang masih 'degil' boleh mendapatkan akses Google, Gmail dan Youtube menggunan Virtual Private Network (VPN).

4. Facebook



Laman sosial paling popular di dunia ini mula diharamkan di China pada 2009. Kerajaan China juga tidak berminat untuk membuka akses Facebook kepada pelayarnya pada masa akan datang.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri sudah melawat China dan presidennya, Xi Jinping namun Beijing masih tidak berganjak dari keputusannya.

5. Snapchat



Laman web micro-blogging Snapchat ini diharamkan supaya laman web-microblogging milik China, mampu memikat rakyatnya sendiri.

6. Wikipedia



Lembaga penapisan China juga turut menyekat salah satu laman web yang paling banyak dikunjungi di dunia iaitu Wikipedia.

Jubah T-Shirt Paling Selesa Abad Ini 

Dikuasakan oleh Blogger.