(Video) Saat Pelajar Kristian Mengucap 2 Kalimah Syahadah Di Hadapan Dr Zakir Naik Di Terengganu Semalam

Sidang dakwah dari penceramah terkenal seluruh dunia, Dr Zakir Naik di Terengganu semalam menjadi titik bermakna kepada seorang pelajar Kristian yang berusia 19 tahun kerana telah secara rasmi memeluk agama Islam.
Nina Grace yang bertanyakan soalan kepada Dr Zakir Naik adakah dia tidak menghormati agama Islam kerana kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi sedangkan dia bukanlah seorang Muslim.
Namun Dr Zakir menjawab, Tidak! Perbuatannya bukanlah sesuatu perkara yang tidak menghormati Islam malah Dr Zakir turut menanyakan beberapa soalan sebelum mengajak gadis itu mengucap dua kalimah syahadah.
Selepas mendengar penjelasan dari Dr Zakir, gadis itu bersetuju untuk mengikut Dr Zakir mengucap dua kalimah syahadah sehingga mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai yang menyokong.



Isteri Menteri Besar Terengganu Ajar Pakai Tudung

Remaja itu juga telah disambut oleh isteri kepada Menteri Besar Terengganu To' Puan Halina Zakaria di belakang pentas dimana beliau telah mengajar Nina cara memakai tudung.
Malah Nina Grace juga turut sudah mempunyai nama Islamnya iaitu Nur Nina Farisha.

Apa Komen Korang?