Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Karya Filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

KUALA LUMPUR - Mahkamah hari ini ,menolak saman penulis novel terhadap pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof diatas tuduhan menciplak karyanya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.
ARTIKEL BERKAITAN : Syamsul Yusuf Disaman Penulis Novel Atas Tuduhan Ciplak Karya
Hakim Mahkamah Tinggi, Azizah Nawawi membatalkan saman tersebut pada Selesa selepas mendengar hujah keterangan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, hakim kemudiannya membenarkan tuntutan saman fitnah daripada Datuk Yusof Haslam terhadap Elias sebanyak RM140,000 diatas dakwaan memfitnah mereka melalui penerbitan artikel di dalam internet mengenai isu ciplak novel tersebut.
Dalam tuntutan difailkan Elias, 64, mendakwa pada September atau Oktober 2013 dia menonton filem terbitan syarikat Yusof iaitu Skop Production Sdn Bhd iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang disiarkan di Astro Ria dan mendapati terdapat persamaan daripada segi tema, plot, karektor dan mesej seperti novel tulisannya, Aku Bohsia.
Trailer Filem Munafik Arahan Syamsul YusofAMARAN! JANGAN TENGOK KALAU ANDA LEMAH SEMANGAT. KALAU DAH TENGOK TANGGUNG SENDIRI! TRAILER FILEM SERAM SYAMSUL YUSOF INI AKAN BUAT ANDA TERSENTAP! DI PAWAGAM 25 FEB 2016. #filemmunafik
Posted by Oh! Media on Monday, February 22, 2016

Apa Komen Korang?