Ammar Alfian Akui Buat Tatu Selepas Putus Cinta Dengan Puteri Sarah
Nama pelakon Ammar Alfian, 28, banyak dikaitkan dengan pelbagai kontroversi kerana kerap memuatnaik gambar yang separuh bogel dengan menayaang badan yang bertatu.
Pelbagai persoalan dan spekulasi timbul kerana umum mengetahui Ammar seorang yang beragama Islam.
Menurut Ammar, dia tidak berniat untuk mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambar badan bertatu namun mengakui tatu itu dibuat selepas putus cinta.
Akui Tatu Di Badan Bersifat Kekal
“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.
"Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya.
"Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini," katanya kepada Harian Metro.
Berhasrat Untuk Membuang Tatu Tapi Belum Berkesempatan
Walaubagaimanapun, Ammar memaklumkan bahawa dia mempunyai niat untuk membuang tatu tersebut namun masih belum menemui kaedah terbaik tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap kulitnya."Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya.
"Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini," katanya.
OHMEDIA: APAPUN SETIAP ORANG PUNYA KISAH SILAM, SELAGI HIDUP KITA MASIH ADA PELUANG UNTUK MENJADI LEBIH BAIK.
--------------------------------------------------------
Apa Komen Korang?