Serangga Ini Buat Pelajar Wanita Ini Hidup Dalam Trauma! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Serangga Ini Buat Pelajar Wanita Ini Hidup Dalam Trauma!


Apa yang akan kami paparkan ini adalah kisah benar tentang seorang pelajar yang terkena toksin sejenis serang yang dipanggil Charlie Bug di Kolej Matrikulasi Selangor. Charlie Bug ini mempunyai pelbagai nama panggilan lain oleh orang ramai seperti Semut Semai, Semut Kayap, Charlie, Nike dan pelbagai lagi. Apa yang pasti cecair yang ada bersamanya akan membuatkan anda menderita!


Apa yang terjadi pada pelajar bernama Anis ini jelas membuatkan dirinya kini berada dalam keadaan trauma dan terpaksa menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan pakar.

Berikut adalah aduan yang diterima;
"Salam oh media!

Just recently, adik saudara saya, Anis telah digigit oleh satu serangga yang bernama Charlie Bug (some species of rove beetles) di kolej matrikulasi Selangor. Apabila digigit, Anis telah called up the parents sebab merasa gatal dan terbakar di muka. Kemudian, dia telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor mentertawakan Anis dan hanya memberi ubat gatal sahaja… Kerana perkara ini sudah biasa terjadi di kolej matrikulasi ini. Rasa pedih dan mencucuk menyebabkan Anis tidak boleh tidur dan ibu bapa nya telah membawa Anis ke klinik pakar agar tidak menjadi lebih teruk lagi. Anis is currently is having her treatment, dan sumber mengatakan kesan gigitan ini akan meninggalkan parut dan mengambill masa yang lama untuk pulih.

Yes, i am sure this could happen to anyone. But kami amat berasa sedih dan disappointed dengan cara layanan pihak kolej. Perkara ini bukan pertama kali perkara ini berlaku. Cuma Anis tidak bernasib baik dan gigitan nya terkena di muka. Saya merasa kan, pihak sekolah dapat melakukan sesuatu kerana clearly nothing has been done. Pihak sekolah langsung tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengelak dan menghapuskan charlie bug walhal pelbagai cases have been reported dan ramai students telah mengalami gigitan charlie bug. Juga, rawatan perlu diambil oleh pihak ibu bapa, pihak kolej langsung tidak mengambil peduli dan rawatan pakar amat mahal. Apa akan terjadi jika pihak ibu bapa tidak mampu?

Dilampir kan photos of Anis, dari muka sebelum dan muka selepas di gigit charlie bug. Dia akan ke kolej with the kecacatan muka dan she is seriously traumatised to sleep at night.

Mohon oh media viralkan untuk kesedaran semua mengenai charlie bug ini.

Thank you." - Reena




Perkara sebegini seharusnya tidak dipandang ringan walaupun ianya hanyalah serangga kerana perkara seperti ini mampu memberikan kesan yang sangat teruk kepada yang tidak bernasib baik. Mohon pihak berkenaan bertindak segera untuk memastikan tiada lagi yang akan menjadi mangsa.

Jadi kita semua pun kena hati-hati bila bertembung dengan Charlie Bug ini. Kami mendoakan adik Anis semoga cepat sembuh dan kembali fokus kepada pelajaran.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.