Syed Aiman Mahu Tarik Balik Lafaz Cerai Terhadap Linda Rafar - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Syed Aiman Mahu Tarik Balik Lafaz Cerai Terhadap Linda Rafar

 

Jika sebelum ini, gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Linda Rafar di laman sosial Instagram menimbulkan tanda tanya tentang rumahtangganya namun kali ini Linda mendakwa suaminya, Syed Aiman telah melafazkan cerai di kediaman mereka di Shah Alam.

Menurut Linda, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi semalam dan ia turut disaksikan oleh ibu dan anaknya. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini untuk mengesahkan lafaz cerai.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” jelasnya yang kini hamil tiga bulan.

Namun lain pula jawapan daripada pihak suaminya, Syed Aiman apabila ditanya tentang kesahihan perkara tersebut. Syed menafikan rumahtangganya mempunyai masalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik oleh Linda ke laman Instagram.
“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.


Hari ini, kedua-dua pasangan yang sepatutnya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tidak menghadirkan diri.
“Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti”

“Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah. Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap…sebab itu saya tak angkat telefon bimbit,” jelasnya kepada BH Online semalam.

OHMEDIA: KAMI DOAKAN YANG TERBAIK BUAT LINDA RAFAR & SYED AIMAN. SEMOGA DIPANJANGKAN JODOH KALIAN.

Dikuasakan oleh Blogger.