Surat Layang Abang Tentera Kesal Dipergunakan Pihak Atasan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Surat Layang Abang Tentera Kesal Dipergunakan Pihak Atasan


Ohmedia menerima satu emel misteri dari seorang tentera yang meluahkan rasa kesal kerana merasakan dirinya kerja diluar tugasan yang diamanahkan selama ini. Pendedahan ini bukan ingin mencari salah siapa, tetapi kami paparkan lebih kepada ingin mencari penjelasan dari pihak yang sepatutnya tentang adakah seharusnya perkara sebegini terus berlaku.

Berikut adalah apa yang dihantarkan kepada Ohmedia. Tiada sebarang suntingan dilakukan.

slm team oh!media...sy harap team oh!media dapat viralkan email sy ni.. sy sangat tidak puas hati dgn pegawai2 tertinggi tentera yg slalu mnyalahguna kan kuasa diorg... kami terpaksa mengikut kehendak diorg utk mlaksanakan event2 keluarga mereka seperti majlis pernikahan dan perkahwinan..

sy pelik mereka boleh je sewa tempat yg high standard mcm di menara kl utk majlis pertunangan anak2 diorg tetapi tidak mampu nk upah event planner, photographer, pramusaji dan yg lain2 nya..smua guna tenaga kami anggota bwahan tanpa bayaran..

kami terpaksa batalkan segala planning utk bsama kluarga ketika cuti hujung minggu dan cuti am seperti hari raya dan lain2 semata2 utk menghadiri mesyuarat dan mbuat segala persiapan utk majlis2 tersebut..klau tidak mengikut arahan kami akan dikenakan tindakan..

dah la kerja diluar bidang tugas..kerja lebih masa dan tanpa bayaran..hanya dijanjikan baju melayu/ kurung tempahan khas shj utk event tersebut..bygkan lah kdg2 hingga x cukup rehat dan tiada masa utk bersama dngan anak, suami/isteri..

pnat lelah kami x berbayar demi menjaga hati seorg pegawai yg bergelar dato.. inikah tugas seorg tentera? belum di kira lagi duit yg kami kluar sndiri utk tampung perbelanjaan minyak kenderaan utk ulang alik serta makan minum kami selama utk menjayakan majlis pernikahan dan perkahwinan anak2 mereka..sekiranya ada ahli kluarga yg tidak sihat yg perlu kami beri perhatian lebih kami terpaksa pejamkan mata dan mengharapkan pasangan kami yg handle smua di rumah...

sekiranya kami x berpuas hati sekalipun kami tiada tempat utk salurkan nya sbb takut kami akan dikenakan tindakan balik..

kami tidak berkira titik peluh kami klau ianya utk kebaikan rakyat malaysia..sbb kami tahu kami bertugas utk mnjaga keamanan negara.. tapi ini sudah diluar bidang tugas kami.. harap surat layang sy ini mendapat perhatian pihak yg berkenaan..

cc: najib razak, dato seri hishammudin, kementerian pertahanan malaysia, pegawai2 tertinggi dan kehormat tentera, angkatan tentera malaysia, rakyat malaysia.

Jelas kekecewaan di dalam diri penulis ini tentang apa yang berlaku. Mungkin ramai tertanya-tanya adakah kerja sebagai seorang tentera yang diamanahkan menjaga keamanan di negara ini harus dipergunakan sebagai tenaga kerja dan kerahan untuk sesuatu yang langsung tidak berkaitan hal ehwal negara ini? Pihak berwajib perlu menjelaskan untuk kebaikan bersama.

+ Baca apa kata orang ramai di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.