Rakyat Maghribi Beri Penghormatan Pada Kematian Aylan Kurdi
Kematian kanak-kanak pelarian Syria berusia 3 tahun, Aylan Kurdi benar-benar memberi kesan yang besar kepada masyarakat dunia.
Ratusan penduduk Magribi bertindak untuk meniarap di persisiran pantai demi menunjukkan simbol solidaritu terhadap kematian Alyan yang terdampar diperairan Turkey. Malah mereka juga turut mengenakan pakaian berwana merah biru mirip adik Aylan.
Memberi Mesej Kepada Dunia
Menurut penganjur demostrasi tersebut, hal ini dilakukan untuk memberi ikhtibar kepada dunia ekoran puluhan pelarian Syria yang terkorban ketika berhijrah ke negara lain untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.“Tugas saya dan rakan-rakan di sini adalah untuk memberi mesej kepada dunia bahawa pemimpin dunia seakan-akan tidak peduli dengan isu pergolakkan dan krisis yang berlaku di Syria,” katanya.
OHMEDIA: KEMATIAN AYLAN KURDI BENAR-BENAR MEMBUKA MATA PENDUDUK DUNIA.
--------------------------------------------------------
Apa Komen Korang?