Pesawat Trigana Air Sah Terhempas Di Kawasan Pergunungan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pesawat Trigana Air Sah Terhempas Di Kawasan Pergunungan


Pesawat Trigana Air Service Indonesia yang dilaporkan terputus hubungan petang tadi telah disahkan terhempas di kawasan pergunungan Papua.

“Maklumat terkini ialah pesawat yang terputus hubungan itu ditemui di Kem 3, daerah Ok Bape di pergunungan Bintang, Penduduk memberitahu pesawat itu terhempas di Gunung Tangok,” kata Ketua Pengarah Pengangkutan Indonesia, Suprasetyo.

Pesawat itu hilang dari radar ketika penerbangan dari ibu kota Papua, Jayapura, ke bandar Oksibil di negara itu. Ia terputus hubungan selepas 33 minit berlepas untuk penerbangan yang dijadualkan 42 minit.

Pengarah Operasi Trigana Air, Beni Sumaryanto, berkata selepas 30 minit pesawat itu disahkan hilang, pihaknya menghantar pesawat mengikut laluan yang sama tetapi tidak menemui apa-apa tanda.

Pesawat buatan Perancis dan Itali itu membawa 54 penumpang yang terdiri dari 44 penumpang dewasa, lima anak kapal dan lima kanak-kanak serta bayi, manakala lima lagi anak kapal.

Menurut pangkalan data Aviation Safety Network, pesawat ATR 42-300 yang hilang itu sudah berusia 27 tahun dan Trigana Air Service berada dalam senarai hitam EU sejak 2007. Syarikat penerbangan yang berada dalam senarai itu dilarang beroperasi di ruang udara Eropah sama ada kerana tahap keselamatan tidak menepati piawaian atau sebab lain.

Menurut airfleets.com, Trigana Air Service mempunyai 14 pesawat, termasuk 10 ATR dan empat Boeing 737 Classics yang purata usia 26.6 tahun.

Menurut Aviation Safety Network, sejak beroperasi pada 1991, Trigana mempunyai 14 kejadian serius tidka termasuk yang terbaru ini. - Reuters

Nak menang Apple Watch Sport? Check out Facebook 7-Eleven Malaysia! http://bit.ly/SnackMoreWinMore

Posted by Oh! Media on Thursday, August 6, 2015
Dikuasakan oleh Blogger.