Pengorbanan Isteri Sarat Mengandung Teman Suami Bekerja Menyentuh Hati
Saat kita melangkah ke alam rumahtangga, segala susah senang kita bakal mengharungi bersama-sama. Bertuah kiranya dapat miliki pasangan yang sanggup bersusah senang bersama.
Kisah pengorbanan seorang isteri yang dikongsikan oleh Ahmad Fzl amat menyentuh hati kami.
Menurut Ahmad yang bekerja sebagai runner, dia terharu melihat pengorbanan isterinya yang kini sedang sarat mengandung ketiduran di bangku kerana keletihan menemaninya melaksanakan tugas.
Ini isteri saya, saya cerita pengorbanan seorang isteri dan juga seorang ibu, time ni kat JPO baru lepas hantar dokumen sekeping ke JB. saya kerja dari pagi then drive ke JB, dia kesian tengok saya then dia pulak yg drive. bila dapat duduk je kt kerusi JPO dia tidur mmg lena walaupun baru sekejap, ema pernah ikut saya kutip kotak dan tin di sekitar shah alam, sanggup buat apa demi nak kumpul duit kahwin. susah kita nak cari pasangan yg boleh susah payah sesama. kepada aisyah, dengar cakap mama ye. mama awak dah cukup byk bkorban utk kita, dan abah akan cuba sentiasa berusaha utk bg awak yg terbaik.
20 ogos 2015waktu aisyah batuk
Apa Komen Korang?