Oh! Ada Apa Dengan Jakarta? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Oh! Ada Apa Dengan Jakarta?

Artikel masih sedang dikemaskini



Beberapa hari lepas krew Oh! Media telah ke Jakarta, Indonesia untuk menyelesaikan tugasan yang agak penting. Kehadiran kami sana selama 5 hari 4 malam. Memandangkan dah pun berada di sana, sempat juga kami kongsikan banyak perkara menarik tentang apa yang ada di Jakarta. Kami harap sedikit sebanyak dari apa yang dikongsikan memberi maklumat yang baik untuk sesiapa yang bakal ke sana kelak.

Artikel berikut memaparkan penulisan santai seperti-mana yang ditulis dan disampaikan melalui Instagram Oh! Media.















Ini pandangan sisi sebuah kedai vape di Jakarta, Indonesia. Kat sini, ada orang cerita dengan kami siapa layan vape dianggap "orang ada-ada" sebabnya bagi mereka vape ni mahal. Maklumlah rokok murah yang teramat sangat kat sini. Mungkin kesedaran tu masih kurang tentang bahaya rokok dan motif vape. Menarik tentang kedai ni, ada iMac untuk pelanggan guna dan ada tempat pelanggan nak online. Sangat selesa dan sejujurnya #ohmedia tak jumpa kedai vape habis selesa macam ni kat Malaysia. Mostly nak untung tapi tak heran pasal keselesaan pelanggan. Ini sebenarnya boleh kata exactly gambaran dalam kepala #ohmedia bila kami buka cafe nanti. Ada iMac untuk pelanggan guna, ada iPad serta PS4 untuk pelanggan main dan ada tempat pelanggan duduk buat kerja dengan selesa sambil vaping. Melihat style perniagaan sebegini adalah sebab utama kenapa dah 4 hari #ohmedia di Jakarta. Oh rindunya dengan iMac, insan tersayang, dan keserabutan isu politik di sana. #OhmediaSesatDiJakarta

A photo posted by Oh! Media Network (@ohmedia) on







Baguih bag hang #MalindoAir ni... first time naik dengan dia. Harga dah la murah (kekadang murah lagi dari Air Asia) then tak la bosan banyak movie baru boleh dilayan. Drama la, games la, dokumentari, dan macam-macam lagi. Kalau member korang duduk jauh, siap boleh chat lagi. Kot ada syok mana2 awek ke satu flight, asalkan tahu seat dia boleh say hi dah kat skrin ni. Hahaha. Peramugari lawa-lawa luar biasa stok buat bini ke-2. Kami pergi balik tak jumpa satu pun Peramugara (baguih. sibuk je la). Uhuk3! Ruang tempat duduk pun dan leg room luas tak macam Air Asia tu. Nak plak ada USB untuk charge phone. Memang menjadi-jadi la hidup. Tak order makan pun takpe sebab semua orang akan dapat snek dan air buat teman layan movie. Hehe. Tapi ada satu benda paling best. Hang tunggu gambaq lepas ni. Hehe!

A photo posted by Oh! Media Network (@ohmedia) on





Internet di Jakarta langsung takde masalah kat mana pun korang pergi. Canggih wooo... Kat hotel rata-ratanya semua internet highspeed layan Youtube tak ada buffering. Begitu juga dengan sesetengah kedai yang sediakan Free WiFi. Untuk smartphone korang pulak, sampai je airport boleh belil terus simpack XL Axiata (telko paling pemes kat sini). Event masa di Lombok sebelum ni pun semua kedai suggest dia. Suruh cewek manis yang jaga kedai tu tolong setupkan internet dalam phone korang jadi unlimited. Harganya dalam Rp250,000. Nak makan, makanlah kat hotel lebih senang atau jenama-jenama fastfood macam KFC, McD, dan yang paling banyak kat sini, A&W. Makanan langsung tak jadi masalah tinggalnya berbalik kepada tahap kebersihan dan kepercayaan korang dengan kedai-kedai tepi jalan di sini. Sini tak ada mamak. Hehe. Nak pergi ke mana-mana kalau tak ada transport sendiri (seram kot sebenarnya nak drive sendiri kat Jakarta ni. Diorang semua jenis berani mati atas jalan), naiklah teksi warna biru nama Blue Bird (Teksi yang punya rekod bersih). Sekian sekadar perkongsian dari pengalaman #ohmedia sendiri untuk sesiapa yang mahu tahu. Kot ada apa-apa lagi boleh tanya ya? So adakah #ohmedia rasa akan ke Jakarta lagi? Frankly speaking memang rasa nak duduk sini lagi lama. Tapi banyak tugasan lain kat Malaysia kan? Definitely akan datang lagi. Indonesia memang best sebagai negara untuk dilawati. Tak kisahlah celah mana pun negara mereka. Dirgahayu Republik Indonesia kepada semua kawan-kawan serumpun kita. "Ayo Kerja!" (Ini tagline Merdeka diorang tahun ni.

A photo posted by Oh! Media Network (@ohmedia) on

Dikuasakan oleh Blogger.