Ibu Tiri dan Ayah Yaya Bebas Dengan Ikat Jamin RM20,000 Sahaja - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Ibu Tiri dan Ayah Yaya Bebas Dengan Ikat Jamin RM20,000 Sahaja

Susulan kes dera kanak-kanak sehingga cacat, ibu tiri dan ayah kandung kanak-kanak itu telah dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Agak kecewa juga apabila ibu tiri dan bapa kandung Yaya tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Sepatutnya kesalahan berat yang menggambarkan cubaan membunuh, apatah lagi suspek telahpun melarikan diri sehingga berjaya ditangkap oleh pihak polis ini ditahan reman lebih lama. Pihak polis ada hak untuk menahan sehingga 60 hari, termasuk reman penjara dengan kerjasama mahkamah.
Kekejaman yang dilakukan terhadap adik Yaya adalah setaraf dengan cubaan membunuh. Bayangkan tulang rusuk dan tulang belakang anak itu sampai patah. Lebih sedih lagi tulang yang patah sekitar 3-4 bulan lalu terpaksa sembuh sendiri dalam keadaan yang tidak betul. Itu telah menjadikan struktur rangka tubuh Yaya mengalami kecacatan kekal dan sukar dibaiki, terutamanya di bahagian tulang belakang.
Pijakan dan hentakan kuat di bahagian kepala, dada dan abdomen Yaya sehingga tulang belulang itu boleh patah sudah cukup untuk membunuhnya.
Allah benar-benar telah melindungi Yaya yang masih bernyawa apabila hanya usus beliau sahaja yang terlipat. Padahal hati, limpa, buah pinggang, paru-paru dan jantung beliau boleh sahaja pecah dengan kesan trauma itu. Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut serta merta.
Di samping sengaja mencucuh api rokok di kemaluan Yaya, beliau juga dikurung sendiri dalam gelap dan tidak diberi makan sehingga tubuhnya kurus kering dan perutnya membuncit begitu.
Sekurang-kurangnya suspek harus diberi pengajaran untuk beraya di lokap jika sekalipun tidak didera. Ini kerana mereka bukanlah tahanan yang menyerah diri, tetapi telahpun melarikan diri. Ini tidak melayakkan beliau menerima pembebasan sementara itu.
Apapun kita terpaksa akur dengan proses perundangan. Pastinya pihak polis dan mahkamah telah menimbangkan dengan semasak-masaknya.
Kita harap suspek tidak melarikan diri agar dapat menerima hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Yaya.
Hukum qisas menetapkan darah dengan darah, nyawa dengan nyawa, gigi dengan gigi, lidah dengan lidah dan luka-luka pun ada qisasnya.
Doa dan simpati yang tidak putus buat adik Yaya. Sesungguhnya doa hamba yang teraniaya tidak akan ditolak. Demikian juga doa Yaya yang teraniaya. Tiada insan yang sanggup memaafkan kedua pelaku ini sampai bila-bila, biar apapun alasannya.
 Sumber Asal : Warga Prihatin
Dikuasakan oleh Blogger.