(Gambar) Perkahwinan Rahsia Won Bin & Lee Na Young

Pelakon kacak yang mula terkenal dengan lakonan berkesan dalam drama Korea Autumn In My Heart, Won Bin telah melangsungkan perkahwinannya secara rahsia dengan kekasihnya Lee Na Young pada 30 Mei lalu.
Majlis perkahwinan yang ringkas dan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja ini dilangsungkan berdekatan kampung halaman Won Bin di Jeongseon, Gangwon-do.

Semasa
majlis berlansung, pasangan ini menyekat kemasukan orang luar malah,
pegawal keselamatan juga turut bertugas untuk memastikan majlis berjalan
lancar tanpa kehadiran orang asing mahupun rakan selebriti.
Menurut Won Bin, dia mahu menjalani perkahwinan dengan keadaan tenang, kerana itu dia terpaksa merahsiakan perkahwinannya.



Apa Komen Korang?