Teruk Di Maki Azwan Ali kerana "Menate", Nur Azira Diundang Berbuka Puasa Di Me'nate Steak Hub - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Teruk Di Maki Azwan Ali kerana "Menate", Nur Azira Diundang Berbuka Puasa Di Me'nate Steak Hub


Bayangkan bila niat baik ingin berkongsi tempat makan menarik akhirnya diri sendiri pula yang dimaki-hamun tak ingat dunia, tentu menyakitkan hati sesiapa sahaja. Satu Malaysia mungkin dah tahu pasal kejadian yang berlaku beberapa hari lalu ni melibatkan Nur Azira Wazi Azman dan juga selebriti dikenali, Azwan Ali selepas ianya viral di laman sosial Oh! Media.

Kejadian bermula apabila Azwan Ali menulis di Twitter'nya yang dia teringin nak makan Steak untuk santapan berbuka puasa hari ini. Nur Azira yang membalas tweet tersebut dengan tulisan "Menate" mendatangkan salah faham pada Azwan Ali yang jelas tidak tahu ianya adalah nama sebuah restoran Steak popular dan bukan niat Nur Azira menggelarkannya sebagai "binatang".

Baca respon orang ramai di Facebook Oh! Media tentang ini.
Azwan Ali terus mengeluarkan kata-kata kesat dan maki-hamun berbakul-bakul kepada Nur Azira bagaikan tiada lagi hari esok. Kata-kata seperti "Sundal Bertudung", "Menyalak Real Anjing" dan turut menggelarkan Nur Azira sebagai "Neraka" sememangnya satu sifat biadap yang sukar diterima insan tidak berdosa.

Nur Azira jelas terkejut dengan respon dari Azwan Ali itu dan menjelaskan ianya adalah nama sebuah Steak House. Namun tiada respon memohon maaf dan sebagainya keluar dari mulut Azwan Ali sehingga saat ini dan sebaliknya terus mengeluarkan kata-kata kesat (termasuk block) orang ramai yang menegurnya akan hal tersebut.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hal tersebut turut mendapat perhatian dari pihak Me'nate Steak Hub apabila terbaca tentang hal ini di Facebook Oh! Media lalu menjemput Nur Azira dan keluarga datang berbuka puasa di Restoran utama mereka di Ampang Jaya.

Baca respon orang ramai di Facebook Oh! Media tentang ini.
Pemilik restoran Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman semalam apabila Oh! Media tanya apa respon dia tentang apa yang berlaku ni, beliau yang sangat positif hanya menjawab, "Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita. Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat".

Dari Instagram Nur Azira Wazi Azman.
Begitulah kata-kata seorang Master Butcher Chef berusia 62 tahun yang berpengalaman tinggi menjadi tukang masak disegani untuk Queen Elizabeth di Buckingham Palace sejak zaman Puteri Diana lagi. Biarpun kini memiliki beberapa cawangan restoran yang cukup gah buat peminat daging ini di sekitar Kuala Lumpur, tiada satupun kata-kata negatif orang sekeliling yang dapat mengganggu dirinya yang semuanya diterima dengan senyuman kerana menurutnya, cukuplah Allah sentiasa berada di sisi dirinya.

Masakan di sini tidak menggunakan garam, minyak dan Ajinomoto.
Oh! Media turut sama diundang untuk berbuka puasa bersama-sama. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman dan semua pekerja mereka yang memberikan layanan dan servis yang cukup terbaik (VVIP) kepada kami dan juga kepada Nur Azira sekeluarga.

Kad membership yang diberikan oleh Chef Mustaffa Othman kepada krew Oh! Media seorang satu. Yay!
Nur Azira (dua dari kiri) bersama-sama pemilik Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman dan warga Oh! Media. 
Ini total bila datang makan bawa satu kampung. Hehe. Chef Mustaffa belanja *wink*
Bagi Nur Azira pula, apa yang berlaku ini dianggap sebagai rezeki bulan Ramadhan untuk dirinya dan keluarga. Menurut Nur Azira, dia malu diperlakukan begitu oleh Azwan Ali namun dia bukan sesiapa untuk membalas. Biarlah Allah sahaja yang menentukan segalanya.

Tadi beberapa orang team Oh! Media diundang berbuka puasa di Me'nate Steak Hub, Ampang. Alhamdulillah pemiliknya Pak...
Posted by Oh! Media on Sunday, June 28, 2015

Itulah kisahnya tentang Nur Azira, Azwan Ali dan Me'nate Steak Hub yang secara tak langsung kami di Oh! Media juga terkait sama memandangkan kami bersimpati tentang apa yang dilalui gadis tersebut dan amat bersedih hati kerana Azwan Ali bersikap sebegitu rupa di hari baik dan bulan baik ini.


Selepas semua ini viral di Oh! Media semalam, Azwan Ali yang malu sendiri dari sepatutnya membuat permohonan maaf kepada Azira namun terus memilih untuk mengeluarkan sepatah dua kata di Instagram dan Twitter miliknya dengan penuh sombong, takbur, dan biadap demi untuk menutup malu yang tertepek di dahinya.



Untuk pengetahuan Azwan Ali, setakat Chili's dan Nandos tu semua, itu semua kedai biasa-biasa sahaja. Semua orang boleh datang makan kalau nak lagi-lagi yang perasan artis walhal dah sendu tak laku. Restoran Me'nate tu terang-terangan lah jauh lebih berprestij lagi.



Hurmm, bilalah nak bertaubat Doraemon Tua ni.

+ Baca respon pembaca tentang post ini di Facebook Oh! Media.

OHMEDIA: ORANG TANYA KAMI BAGAIMANA NAK SEBUT KEDAI ME'NATE NI? KAMI TANYA CHEF MUSTAFFA, JAWAPAN DIA NAMA ME'NATE TU DATANG DARI BAHASA ENGLISH IAITU "MEN ATE". BAGAIMANAPUN UNTUK MENYEBUT NAMA KEDAI INI, IANYA TETAP "ME-NA-TE" SEPERTI YANG ANDA BAYANGKAN.
Dikuasakan oleh Blogger.