(Gambar) Lagi Lelaki Gantung Diri Diatas Pokok
Seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 26 tahun telah dijumpai orang ramai mati tergantung diatas sepohon pokok rengas di Kg Pok Pa, Kuala Terengganu.
Mayat lelaki tersebut dijumpai kira-kira jam 6.40 petang pada 4 April lalu. Pihak polis dihubungi oleh orang ramai sejurus selepas penemuan tersebut.
Ketika pihak berkuasa sampai ditempat kejadian, didapati mayat masih tergantung diatas pokok setinggi 30 kaki. Mayat telah diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke bilik mayat untuk posmotem.
Motif dan kejadian sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Apa Komen Korang?