Larang Bacaan Doa Dan Gunakan Bahasa Cina Sepenuhnya, 2 Sekolah Diberi Amaran - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Larang Bacaan Doa Dan Gunakan Bahasa Cina Sepenuhnya, 2 Sekolah Diberi Amaran


Bacaan doa dilarang di sekolah? Macam mana pihak pengurusan sekolah boleh buat keputusan macam ni? Ohmedia pagi ni dah terbaca satu lagi isu sensitif di mana dua buah sekolah telah dikatakan melarang bacaan doa dan telah menggunakan bahasa Cina sepenuhnya semasa kursus Pendidikan Seni Visual.

Ini jelas telah melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan dan pihak kementerian telah memberikan amaran. Macam baru buka sekolah pulak diorang ni.

Isu ini pada mulanya telah viral di media sosial dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin mengatakan pihaknya sentiasa mengambil maklum segala isu yang dinaikkan dan sedang menilai sama ada tindakan tatatertib diambil atau tidak.

Apa yang dilakukan dua sekolah ini bukan hanya salah tidak membenarkan bacaan doa, tetapi telah melanggar peraturan dimana mata pelajaran Pendidikan Seni perlu diajar dalam Bahaya Melayu mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.