Anjur Pertandingan TikTok, Menteri Pengajian Tinggi Dikecam Netizen
Baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Dr Noraini Ahmad memuatnaik satu tweet di akaun Twitternya yang mempromosikan pertandingan TikTok dan juga berkongsi satu video TikTok yang menampilkan dirinya bersama Noreen dan Iskandar Rahman. Disebabkan itu, beliau telah mendapat kecaman hebat dari netizen disebabkan hal ini.
Cari post ni tak jumpa dah. Baru nak join. 😅 pic.twitter.com/16IZSN6hYY— OH! MEDIA | #STAYHOME (@ohtweet) April 8, 2020
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan beliau yang sepatutnya memainkan peranannya sebagai seorang Menteri Pengajian Tinggi dengan membantu pelajar-pelajar IPTA dan IPTS pada situasi sekarang akibat penularan wabak covid-19 dan bukannya menganjurkan pertandingan TikTok. Netizen berpendapat yang tindakan beliau ini akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka dan menyifatkan yang tindakannya itu tidak sesuai sebagai seorang menteri.
Setelah mendapat kecaman hebat daripada netizen, beliau telah padamkan perkongsiannya itu. Tidak salah pun kalau nak berTikTok, tapi rata-rata netizen berpendapat yang tindakan Dr Noraini ni langsung tidak bersesuaian dengan jawatan yang beliau galas sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Suara netizen
+ Baca respon pembaca netizen kecam Menteri Pengajian Tinggi di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?